Lawatan

Monday 29 September 2014

Temuramah bersama Con-damn the Corruptor (Sabahan Punk)



1. Hi buat semua sahabat di Con-damn the Corruptor, harap semuanya sihat belaka! Siapakah menjawab interview ini?
Hai Assalamualaikum (waalaikumussalam-ed) dan selamat sejahtera kawan2 semua. Saya Aidil @ Benny Pangazou yang menjawab soalan2 ini.

2. Bolehkah sahabat terangkan maksud di sebalik nama Con-damn the Corruptor? Saya perasan bahawa anda menggunakan con-damn bagi nama kumpulan anda. Adakah sengaja ditulis demikian? 

Nama con-damn the corruptor tu sebenarnya di ilhamkan dari pada politik kotor yang terjadi disabah ini yang mana kebanyakan ahli politik dan para penguasa nya mengamalkan prinsip "ada duit ada cerita, tiada duit boleh jalan". Kami sangat2 benci pada perkara itu kerana keadaan itu seolah2 mengajar masyarakat untuk mengamalkan budaya merasuah seseorang untuk selamat daripada sesuatu masalah. Pergi jahanam para koruptor dan di sebabkan itu lah kami menamakan band ini Con-damn the Corruptor dan nama band ini sengaja di tulis begitu untuk menampakkan kebencian pada kaum koruptor itu. hehehe

3. Lirik-lirik anda dapat saya lihat merupakan lirik yang kebanyakkannya dihasilkan daripada pengamatan sekeliling dan pengalaman anda, benar bukan? Mengapa anda memilih untuk menulis lirik sebegini? Adakah kerana anda mempunyai cita-cita untuk 'merakyatkan' band anda ini? 

Ya betul tu. Lirik memang berdasarkan keadaan di sekeliling kami dan pada saya lebih senang untuk menulis lirik berdasarkan logik yanng pernah dialami sendiri daripada menulis lirik fantasi cinta hehehe (memang saya gagal tulis lirik cintan cintun pun keh keh keh)...band ini memang milik rakyat pun sebab itu kami buat band ini secara kolektif supaya sesiapa pun boleh merasakan semangat persaudaraan yang ada dalam punk itu sendiri...

Kami suka berkenalan dengan ramai orang supaya pemikiran itu lebih terbuka dengan mengenali budaya dan cara hidup masyarakat di sekeliling kami maklum sajalah di sabah ni ada lebih dari suku kaum yang ada so dengan "merakyatkan" band ini barulah kita ada komunikasi dengan mereka ada lebih dari 32 suku kaum yang ada.

4. Saya pasti, ramai yang membandingkan anda dengan Marjinal dan Bunga Hitam, terutama daripada bunyian muzik anda dan lirik anda yang bersifat lokal. Bagaimana penerimaan anda? Adakah anda berbangga apabila mereka membandingkan anda dengan band-band ini?

Ya memang banyak juga orang bandingkan kami dengan marjinal dan juga band2 yang seangkatan dengannya tapi seperti yang saya terangkan pada Nizang (dalam short interviewnya) Marjinal tetap Marjinal dan CTC tetap CTC tidak akan sama...Marjinal ada agenda nya yang tersendiri begitu juga kami...kami banyak mendengar band2 punk rock dari Indonesia mungkin sebab itulah lagu2 kami banyak bernafaskan Indonesian punk rock style hehehe...Bagi penerimaan saya sendiri, terpulanglah apa yang kawan2 untuk melebelkan band kami sebagai apapun...Bangga tu tidak pernah terfikir pun (hehehe) sebab kami buat apa yang kami suka yang penting mesej dan cerita kami dalam lagu sampai kepada masyarakat...Terkejut juga ada seorang pakcik yang inbox saya di fb yang dia suka lagu Story from Our Land sebab ada rentak sumazau di tengah nya hehehe

5. Bagaimanakah keadaan tempat tinggal anda sekarang? Apakah masalah-masalah yang kerap dialami oleh penduduk sekitar anda?

Alhamdulillah la cukup makan pakaian semua hehehe rumah sewa ja pun...terfikir juga mo beli rumah sendiri tapi dengan gaji yang saya perolehi sekarang ni ditambah pula dengan harga rumah yang mahal agaknya sampai mati pun belum tentu dapat rumah sendiri...tapi rezeki Allah tu ada di mana2 insyaAllah ada la bahagian saya tu nanti hahaha

6. Apabila melihat kepada nama-nama ahli kumpulan anda, saya mendapati ada yang mempunyai nama seperti beberapa ahli band lain. Adakah benar apa yang saya rasakan ini? Kalau benar, bolehkah anda terangkan band apa? Kalau benar, bolehkah anda terangkan band apa?

Ya betul disebabkan CTC ni band kolektif maka sudah pasti orang2 yang berada di dalamnya bukan semua punk hehehe saya suka melihat senario ini hehehe.

Ben (saya)- vokalis/gitar kepada band Penguasa Anjing dan ex bassist band Dis-boikot (crust)
Sapok Wan-ex gitaris band north attack south (thrash core).
Scott-bassist band ArahKiri(thrash), bassist band Maskburn (grindcore), frontman band Scott Thrash (crossover) dan beberapa band lagi sebab dia ni banyak band.
Popoi-drummer band Outfall(metalcore/hardcore)
Theresa-gitaris/vokalis band Crimson and Clover(post rock) dan band Lifetime Respect
Bulat-gitaris band Eyesfull of Insect(metalcore)
Leon-drummer band art of nation (punk rock).

Yang lain tiada band hanya bermain muzik sebagai mengisi masa lapang dan show orang kahwin

7. Lirik dan muzik, pada pendapat anda, manakah yang lebih penting?

Pada pendapat saya sendiri, lirik memainkan peranan penting kerana lirik menceritakan isi cerita lagu dan lirik juga adalah "roh" lagu...muzik tidak kurang pentingnya kerana ada sesetengah orang suka muziknya biarpun tidak faham apa yang sedang dinyanyikan hatta lagu tidak berlirik sekalipun orang tetap suka kerana muziknya...

8. Apakah bentuk muzik yang paling berlainan dengan band anda yang anda minati? Adakah anda peminat muzik tradisional?

Boleh cakap saya ni semua muzik saya layan hehehe dari lagu2 underground, mainstream, lagu rakyat sampailah ke lagu melayu asli saya minat...Setiap genre muzik ada keistimewaannya....Ya saya suka pada muzik tradisional juga bukan sahaja muzik tetapi tarian...kalau di sabah ni banyak betul pemuzik tradisional nya tapi yang pastinya kumpulan okestra bambu dari kundasang dan kumpulan kulintangan dari Beaufort adalah feveret saya...kalau di Sarawak saya minat Jerry Kamit sebab dia main sape 6 string macam gulung solo gitar karan dan pernah berkolaborasi dengan man kidal dan ratu gambus sabah fauziah suhaili...kalau dari semenanjung pula saya suka Halim Yazid sebab dia berjaya bawa dikir barat sampai ke peringkat antarabangsa! Mohram pun saya minat sebab permainan seruling dan rebana nya mampu membuatkan saya duduk sendirian di tepi sungai hahahaha

9. Bolehkah anda kongsikan keadaan scene di Sabah? Band-band apakah yang menarik untuk didengari?

Dakat sabah scene makin hari makin meriah dengan band2 luar yang tour dan juga kemunculan band2 baru cuma space untuk buat gig di sini agak terhad kalau di sekitar KK ni ada Cowboy Bar, Kokuns Studio, DM8 production (sudah tutup) dan yang terbaru di Karamunsing Room...kalau di tawau ada Feaks Studio Hotel Emas Ballroom dan Dark Empire studio...di Sandakan ada satu studio tapi sudah lupa nama twmpat tu...di Ranau selalunya di balai raya, garaj dan U Merlin Hotel...di Keningau pula sellunya di dewan Alinjiran...di Tenom pula ada Jays studio kadangkala di bawah rumah tapi selalunya di rumah la jimat sikit kos hehehe.

Band pula banyak yang best2 susah mo buat selection hehehe

10. Adakah terdapat sebab mengapa tajuk lagu anda diberikan dalam bahasa Inggeris, walhal lirik berbahasa Melayu?

kami buat dalam bahasa English sebab lirik kami berbahasa melayu hahaha boleh ka macam tu? Sebenarnya kami mo buat explaination dalam bahasa English macam yang Dum Dum Tak buat tapi English pun setakat yes, no,thank you, alright ja ta yang masalah tu...maka kami pun sengaja tulis tajuknya dalam bahasa English supaya manalah tahu ada kawan2 di oversea yang dengar lagu kami then tidak faham lirik kami (sebab fully malay lyrics) diorang masih boleh tau apa yang cuba kami sampaikan berdasarkan tajuk lagu kami dan kalau mo tau lebih detail tentang lirik diorang boleh la kontek kami, maka disitu ada satu jalinan perkenalan yang terjadi hehehe macam palat ja ayat saya.

11. Saya pernah membaca bahawa terdapat ahli kumpulan anda yang merupakan penari. Boleh kongsikan sedikit mengenai tarian-tarian yang anda gemari?


Ya saya pun seorang penari sebenarnya hehehe. Selain saya, Sapok Wan dan Lalang juga adalah penari kebudayaan manakala Titok dan Mimut adalah pemain muzik tradisional di Kampung Budaya mari mari...Saya sebenarnya suka semua tarian setakat ni saya menari tarian singa, sumazau, limbai, zapin, joget, inang, anggalang, modern dance dan semua ini saya lakukan atas dasar kerja dan rezeki...pernah juga saya di panggil poser sebab saya buat persembahan modern dance hip hop, shuffle dan breakdance dan itu semua adalah job yang di berikan oleh pelanggan...saya pedulikan semua mulut2 bodoh tu tidak ambil pusing sangat hahahaha...tarian feveret pula adalah tarian singa, zapin dan magunatip(bamboo dance).

12. Sekiranya saya mahu ke Sabah, bolehkah anda kongsikan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati?

Dekat sabah ni banyak juga tempat yang boleh melawat...Kalau suka pada alam sekitar, kamu boleh ke Lembah Danum, Nabalu Park, Lok Kawi Wild Life Park, Desa Dairy Farm,Maliau Basin dan banyak lagi.

Kalau kamu suka sejarah, kamu boleh ke Muzium Negeri Sabah, Muzium Tamadun Islam Sabah, Monsopiad Cultural Village, Tugu Peringatan Double Six, Murut Cultural Center dan ada banyak lagi...kalau datang tu bagitaulah boleh kami temankan jalan2 hehehe.

13. Bolehkah anda kongsikan:
a) Buku yang meninggalkan kesan bagi diri anda
b) Lirik lagu yang mempengaruhi anda
c) Perkara yang selalu dilakukan sebelum atau selepas gig

a.Banyak sangat tapi saya cuba bagi beberapa la ya hehehe...Aksi Reaksi:Dokumentasi Dum Dum Tak, Aku Pekan Kecil dan Skateboard, Pangazou tu ja kot

b.Lirik lagu banyak yang menjadi inspirasi bagi saya tapi yang membuatkan saya bersemangat adalah lirik lagu Spirit of the Punk dari band Crewsakan

c.Sebelum gig saya akan packing barang2 yang akan di jual di gig, kemudian berangkat ke tempat gig bejumpa kawan2 di gig, lepas gig biasanya kami akan lepak minum kopi jap sebelum berangkat pulang...sampai dirumah, kira duit hasil jualan stuff, dan tidur hahaha

14. Apakah jenama alat muzik, amp dan efek yang anda gunakan?

Alat muzik yang saya pakai sekarang macam biasa la:

Gitar kapok- untuk praktis buat/cipta lagu gitar
BC Rich virgin-untuk persembahan pentas dan recording. hehehe

Tu ja kot sebab distortion biasanya saya pinjam dengan kawan maklumlah tiap bulan duit habis untuk belanja rumah...amp pula biasanya organizer akan sediakan di venue gig.

15. Pada pendapat anda, perlukah punk itu kekal dalam kelompok sendiri atau keluar untuk bersama-sama masyarakat? Jika ya, cara bagaimanakah yang harus dilakukan?

Yang ni payah sikit sebab takut kalau pandangan saya salah nanti kena benci pula tapi pedulikan lah apa orang mo cakap sebab ni pendapat saya secara personal...pada saya, mungkin perlu sebab orang selalu memandang serong pada anak2 muda terutama sekali anak2 punk...peragut, perompak, pemeras ugut, kaki pukul, hisap dadah, penyembah syaitan itu lah perkataan2 yang selalu dilemparkan pada punk masyarakat hanya tahu menilai orang berdasarkan penampilan sahaja tapi saya tidak menyalahkan 100% masyarakat kerana diorang tidak pernah tahu pun apa2 pasal punk kerana sudah di cuci otaknya oleh media...


Bagi saya punk perlu keluar dari kelompok sendiri untuk mengenali dan mendekati masyarakat supaya satu komunikasi dapat terjalin dan seterusnya akan ada perkenalan...buktikan pada masyarakat bahawa kita bukan seperti yang di momokkan oleh media...saya akui saya sendiri pun mengalami situasi dimana saya dituduh sesat dan jahat kerana diorang tidak mengenali saya tetapi hakikatnya saya bukan begitu setelah diorang mengenali saya baru diorang tau siapa saya sebenarnya...itu pendapat saya lah.


16. Sebelum mengakhiri temu bual ini, adakah sebarang berita terkini yang mahu anda kongsikan bersama-sama pembaca zine ini?

Perkembangan terkini, kami sedang menyiapkan projek 4 way split "Kami Penghasut" diantara CTC, Dum Dum Tak, Roundoff 40, dan Mokers...ada 5-6 lagu dari setiap band dan lagu2 pula adalah lagu yang dipetik dari album kami dan 1 lagu baru, dan di masa akan datang kami merancang ingin meriliskan album 20 track sebelum berehat panjang...insyaallah kawan2 doakan saja supaya impian dan rancangan kami tu jadi kenyataan dan kami tidak malas.

17. Akhir kata, terima kasih kerana sudi menjawab soalan ini. Mungkin soalan yang diberikan ini ringkas dan tidak begitu 'punk', namun, diharap, anda seronok menjawabnya.

Sama2 juga dan terima kasih kerana menjadikan ctc sebahagian daripada isu kali ni...best apa jawab soalan2 santai macam ni hehehe

Cara untuk berhubung dengan Con-damn the Corruptor
Emel: mohdaidil.pangazou.pulianabdul@gmail.com
Facebook: con-damn the corruptor

Terima kasih.


tu ja kot hehehe thanks ya sudi interview nanti ko pandai2 la edit mna yang kurang elok ya


Sampel muzik dari Con-damn the Corruptor:




Antara gig yang pernah dijayakan Con-damn the Corruptor







Kredit gambar:

https://www.facebook.com/ConDamnTheCorruptor


http://soaljawabzine.blogspot.com/ tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Thursday 25 September 2014

Temuramah bersama Zikri (Buku Jalanan)

Hai buat sahabat-sahabat di Buku Jalanan, apa khabar? Saya Hafifi, editor untuk zine online Soal? Jawab!. Buat sementara ni, zine online ni belum lagi dibuat, sebab saya masih menunggu beberapa pihak untuk ditemuramah. Anda adalah salah satu daripadanya. Diharap anda semua dapat menjawab interview ini ya!

1. Boleh perkenalkan diri anda? Apakah peranan anda dalam Buku Jalanan?

Nama Zikri Rahman. Kalau nak ikut peranan, sama-sama buat semua. Tiada peranan khusus. Mungkin boleh kata semua penggerak Buku Jalanan adalah kurator, pustakawan, koordinator merangkap "buruh buku".

2. Bolehkah anda menceritakan bagaimana datangnya idea untuk menghasilkan sebuah 'gerakan' yang dinamakan Buku Jalanan ini? Apakah terdapat sejarah yang menarik dibelakangnya?

Kalau ikut idea asal adalah dari sebuah gerakan perpustakaan di Amerika Syarikat;nama Street Books. Depa ni kayuh basikal keliling kawasan dan angkut buku.
Cumanya kami di Buku Jalanan secara ideanya adalah untuk "merampas" ruang awam dan jadikan sebagai "ruang wacana". Itulah sejarah mulanya sedikit sebanyak.

3. Siapakah yang merupakan penggerak awal Buku Jalanan? Adakah mereka masih aktif dalam Buku Jalanan?

Penggerak awal,kalau nak ikut hari pertama,kali pertama Buku Jalanan 1.10.11 ada lebih kurang lima orang - Azrie, Seth, Santi, Ibrahim dan aku sendiri. Tapi yang paling penting adalah pengembang kepada idea Buku Jalanan itu sendiri yang semakin ramai. Dan sehingga kini semua masih aktif, macam Seth dia sambung belajar di Seri Iskandar dan dia sama-sama buka Buku Jalanan di sana.

4. Apakah motivasi awal penubuhan Buku Jalanan? Adakah terdapat sebarang falsafah isme-isme yang menjadi sandaran kepada Buku Jalanan?

Motivasi awal? Awal sebab kita rasa kita perlu berbuat sesuatu. Masih banyak ruang yang perlu diteroka dalam perkembangan idea. Awal 2008, kita boleh tengok aktivisme semuanya politikal-partisan. Dan dari situ kita keluar dari kerangka aktivisme partisan.

Isme - secara dogmatiknya tiada tapi beberapa struktur seperti kepercayaan bahawa sesuatu gerakan itu perlu bermula akar rumput, autonomi, organik dan demokratik. Maksudnya tiap-tiap Buku Jalanan ada proses teori dan praksis yang mereka kembangkan sendiri tanpa perlu dogma.

5. Bolehkah anda terangkan, apakah aktiviti yang selalu dilakukan Buku Jalanan, selain daripada menyediakan bahan bacaan percuma? Adakah terdapat sesi diskusi atau bedah buku?

Buku Jalanan, selepas melalui perbincangan secara menyeluruh melihat kepada prinsip B.A.C.A iaitu Books. Arts. Culture. Activism sesuatu yang boleh digunapakai dan dikembangkan lagi. Justeru kebanyakan kerangka perbincangan adalah dalam ruang lingkungan B.A.C.A itu sendiri. 

Kami di Buku Jalanan Shah Alam sendiri,ada beberapa teman kami turut aktif mengeluarkan siri "audio-podcast" isu semasa, penulisan dan mengurus soal isu warga miskin kota serta komuniti dan sebagainya.Paling penting aksi langsung dalam satu-satu isu itu sendiri.

6. Berkenaan Buku Jalanan, pada masa kini, sudah terdapat banyak Buku Jalanan yang bersifat setempat, contohnya Buku Jalanan Temerloh dan Ipoh. Adakah mereka perlu meminta izin daripada Buku Jalanan induk untuk melakukannya di tempat mereka?

Seperti yang dibincangkan di atas tadi, tiap-tiap Buku Jalanan mempunyai pengalaman ber-Buku Jalanan mereka sendiri. Mereka tidak perlu meminta izin kerana Buku Jalanan adalah satu idea yang perlu digerakkan. Ambil contoh,kadang-kadang kita terlepas pandang lokasi Buku Jalanan yang tumbuh tapi kita tetap sokong sebab secara idea, kita menggagas idea dan praktik yang sama; pendemokrasian ruang awam dan wacana.

Apa yang kami di Buku Jalanan Shah Alam buat adalah menyusun Panduan Ber-Buku Jalanan sebagai satu manual ringkas buat teman-teman yang mahu mula ber-Buku Jalanan. Yang paling penting adalah bagaimana cara setiap Buku Jalanan menyesuaikan idea mengikut keadaan setempat.

7. Saya difahamkan bahawa terdapat sukarelawan yang menggerakkan Buku Jalanan ini. Mereka datang daripada pelbagai kelompok dan latar belakang. Bolehkah anda ceritakan mengenai sedikit sebanyak tentang mereka?

Ya, kebanyakan Buku Jalanan mempunyai latar belakang yang berlainan. Ambil contoh, kami di Shah Alam sendiri dari latar belakang pekerja dan pelajar. Ada sesetengah tempat, seperti di Kuching, aktivis hak asasi dan di Temerloh, full-time punkers gitu! Hahaha.Yang pasti,lain-lain latar ini disatukan dengan satu objek; buku. Buku ini boleh dikatakan objek neutral yang politikal. Neutral sebab semua orang boleh baca tapi politikal sebab bukan semua orang boleh "ngam" dengan semua genre buku,contohnya.


8. Adakah anda menetapkan syarat-syarat tertentu untuk menjadi sukarelawan?

Tidak, malahan Buku Jalanan terbuka untuk idea-idea penggerak untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa. Buku Jalanan adalah "idea in motion". Perlu ada pengaliran idea khususnya dari tenaga baru.

9. Saya difahamkan terdapat beberapa Buku Jalanan telah diserbu oleh pihak majlis perbandaran. Bolehkah anda ceritakan kisah disebaliknya?

Ruang tidak pernah neutral, ruang seringkali bersifat politikal. Dan dari situ kita dapat lihat bagaimana kuasa "state" main peranan mengawal ruang awam. Ini terjadi pada teman-teman Buku Jalanan Kuching, Seremban, UiTM Lendu antara contohnya. Teman-teman Buku Pantai di Teluk Chempedak turut pernah mengalaminya. Alasan mereka; buku bahaya! Jual buku! Nah,di situ kita boleh lihat bagaimana.

10. Berkenaan sambutan, bagaimanakah masyarakat memandang anda? Adakah terdapat ramai daripada mereka yang turut serta?

Penglibatan warga setempat sangat memberangsangkan. Kerana itu perkara utama dalam ber-Buku Jalanan adalah penentuan tempat yang strategik dan kenapa kita memilih ruang awam itu sendiri.

11. Sepanjang penubuhan Buku Jalanan, adakah terdapat peristiwa yang menarik pernah anda semua alami? Sudikah untuk dikongsikan bersama pembaca?

Peristiwa menarik adalah dapat berkongsi ruang wacana dengan masyarakat umum. Secara peribadi,peristiwa turun sama aksi protes ketika Hari Buruh adalah sesuautu yang mengujakan. Bertemu teman-teman Buku Jalanan lain di jalanan, dan mengangkat sepanduk "Kuli Yang Maha Mulia"...

12. Siapakah pengunjung Buku Jalanan yang paling anda tidak duga? Adakah beliau itu seorang artis atau ahli politik?

Setakat ini semuanya normal-normal belaka. Tiap-tiap pengunjung adalah istimewa buat kami secara keseluruhannya.

13. Buku Jalanan pernah melibatkan diri dalam beberapa acara seperti Bersih Rock! dan Pesta Buku Alternatif, bukan? Apakah yang dicapai oleh Buku Jalanan apabila turut serta dalam acara-acara begini? Adakah terdapat keperluan untuk menyatakan pendirian politik Buku Jalanan itu sendiri?

Kami di Buku Jalanan tidak segan silu untuk menyatakan pendapat dan sikap dalam berpolitik. Kerana kami percaya bahawa sebagai satu gerakan akar rumput kami perlu upaya menyatakan pandangan dalam lingkungan kami rakyat yang biasa ini. Ingat pesan Wiji dalam soal jika kita tidak berani menyatakan sikap kita ini - 'Apa gunanya banyak baca buku,kalau mulut kau bungkam melulu'

Dan dalam bilangan Buku Jalanan yang sudah melebihi 40 buah yang aktif,rasanya kita sendiri punya ratusan penggerak aktif dan capaian kepada ribuan ahli masyarakat dalam ruang awam dan wacana itu sendiri.

14. Sebelum menamatkan temuramah ini, bolehkah anda kongsikan;

a) 5 buku yang mengubah cara pemikiran anda

- Guerilla Warfare, Che Guevara 
- The People's History of The United States, Howard Zinn 
- Sikap dan Pemikiran, Usman Awang 
- Pedagogy of The Oppressed & The Cultural Action For Freedom,kedua-duanya oleh Paolo Freire

b) Filem yang menarik untuk ditonton

Filem saya gagal, terus terang saya kurang tonton filem. Sikit sangat untuk disenaraikan. Ampun!

c) Lirik lagu yang menginspirasikan anda.

Dua lagu ni, Redemption Songs oleh Bob Marley dan What If Punk Never Happened oleh The King Blues. Emosi liriknya jujur. Amboi!

15. Sekian sahaja temu ramah ini, diharap Buku Jalanan akan terus bergerak dan menyuluh ilmu kepada masyarakat. Terima kasih atas kesudian anda untuk ditemuramah. Sekiranya anda terdapat sebarang maklumat terbaru mengenai Buku Jalanan untuk dikongsikan, anda boleh kongsikan disini.

Terima kasih Fifi sudi wawancara. Apa yang dibicarakan dalam temubual ni adalah sekelumit dari pengalaman teman-teman Buku Jalanan yang dijalankan dari Australia hingga ke Sandakan yang sempat terakam. Sama-sama kita berbagi kasih dan rasa sesama manusia. Sokong gerakan akar rumput di ruang masing-masing dan gerakkan sesuatu.

Cara hubungi Buku Jalanan

Facebook: www.facebook.com/bukujalanan 
Twitter: @bukujalanan 
Blog: Tiada 
Emel : bukujalanan@gmail.com

Cara menyumbang untuk Buku Jalanan:

Boleh terus hantar pada kami di tiap-tiap lokasi Buku Jalanan.

Acara terbaru Buku Jalanan:




Kredit gambar:

https://www.facebook.com/bukujalanantiti
https://www.facebook.com/BukuJalananTemerloh


http://soaljawabzine.blogspot.com/ tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Wednesday 24 September 2014

Update!

Temuramah pertama akan diterbitkan selewat-lewatnya pertengahan bulan depan dan akan menampilkan beberapa temuramah. Nantikannya!

The first interview will be published as late as in the middle of the next month and will featured several interviews. Wait for it!


Antara temuramah yang akan dimuatkan/ Interviews that will be included:



Sebarang maklumat akan diupdate semula/ Any changes will be updated.
http://soaljawabzine.blogspot.com/ tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tuesday 23 September 2014

Soal? Jawab! Zine


Sebuah penulisan dalam bentuk Zine, namun secara online. Akan dimuatkan secara berkala samada sebulan sekali atau dua bulan sekali. Menampilkan temuramah, penulisan yang relevan, ulasan buku/muzik/zine dan mungkin juga puisi. Semoga dapat berterusan usaha ini. Zine/blog ini berlatar belakangkan hardcore/punk, namun pengisian penulisan dan temuramahnya tidak termaktub kepada scene hardcore/punk sahaja.Jalan terus!

A writing in the form of a zine, but on-line. Will be published on a monthly or bi-monthly basis. Will be loaded with interviews, relevant writing, books/musics/zine and a touch of poetry. Hopefully this project will be continuing for a long time. This zine/blog had the influenced from the hardcore/punk scene, but the contents and interviews will not limited to the hardcore/punk scene only.


http://soaljawabzine.blogspot.com/ tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.